Blogger Backgrounds

Friday, May 20, 2011

Anak Derhaka ? ? @___@

AsSalamu'alaikum Semua ! ^^

Hello Peepssss (n____n)

Hari ini saya nak kongsi sesuatu

Pagi tadi around 7 : 00 to 7 : 30 pagi, saya tengok satu rancangan motivasi 'Fadzillah Kamsah - Selami Jiwa' kat Astro Oasis.


Ha ! Ini lah rancangan tuhh ^^


Tiap tiap pagi mesti ibu ayah saya bukak channel nihh

Mungkin nak bagi saya BERmotivasi sikit pagi pagi tu kott *bagus ibuayah saya. hehe~

Tajuk pagi tadi tentang ANAK DERHAKA


Contoh 'Anak Derhaka' yang Femes ^^




Ha ! Dengar tajuk punn dah meremang bulu roma saya.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan anak anak derhaka ni. Ameen~

Rancangan ini berbentuk santai je tau. Lepas ini jom lah tengok rancangan nihh sama2 ye ^^

Tetamu jemputannye Imam Muda Asyraf dengan seorang wanita yang saya tak ingat namanyee. hehe~

Ada satu part tuu, Imam Muda Asyraf cerita kenangan beliau masa budak budak dulu.

Mak beliau sangat sangat marah kalau beliau tak pergi mengaji.

Mak beliau sanggup balik dari kerja kejap semata mata nak tengok beliau pergi mengaji ke tak.

Imam Muda Asyraf cakap, sebelum masuk Imam Muda, beliau rasa beliau mengaji tak ade lahh sedap mane tapi beliau tak tahu macam mana boleh dapat masuk program ini.

Jadi, beliau cakap, ini semua berkat do'a seorang ibu.



Bila beliau cerita kenangan tuu, saya pun teringat lahh masa saya kecik2 dulu.

Saya pun penah kene marah sebab malas mengaji. haha :D

Ibu saya tak hantar saya mengaji kat orang lain punn.

Ibu yang ajar sendiri. Saya respect lahh dengan ibu saya. Sedap sangat suara ibu mengaji   :)



Masa itu, ibu pukul saya sebab malas mengaji sampai saya menyorok belakang kereta.

Lepas tu, kene denda tak boleh masuk rumah.

Nasib baik ayah saya pujuk.

Ha ! Dasat tak ? haha. Lawak bila ingat balik cerita nihh.

Bila dengar cerita Imam Muda Asyraf tadi, saya rasa bersyukur sangat sangat sebab dulu ibu marah saya.

Cuba bayangkan kalau ibu tak marah, mesti saya tak reti mengaji sampai sekarang.

Alhamdulillah, sekarang saya dapat Baca Al-Quran dengan baik.

Terima Kasih Ibu <3

Kakak Sayang Ibu <3 <3

Ini Ibu Saya ^^


Dulu masa mengajar punn, saya dapat ajar budak budak mengaji dan ajar hukum tajwid.

Bila masuk sekolah menengah, Alhamdulillah saya dapat masuk sekolah agama.

Kawan kawan semua pandai mengaji.

Bila dah masuk Universiti, masa ini lahh saya rasa lebih bersyukur sebab saya jumpa beberapa orang kawan yang tak berapa lancar Baca Al Quran.

Semoga mereka akan lebih gigih usaha untuk perbaiki pembacaan Al Quran mereka.



Setiap umat Islam mesti dan wajib berusaha untuk mahir membaca Al Quran sebab kitab ini bukan kitab biasa yang boleh direka reka sesuka hati manusia.

Tapi Al Quran ialah kitab suci yang datang dari Allah sebagai panduan untuk kita, manusia yang selalu lupa dan lalai dengan nikmat dunia yang hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat akhirat yang sangat sangat lah banyak nyeee.


متاع الدنيا قليل
"Keseronokan dunia itu hanya sedikit"


TAPI, bukan setakat baca je tau kawan kawan ! Kita kena fahamkan isi kandungan nya dan beramal dengan nya.

Ini peringatan untuk diri saya jugak. Sebab kadang kadang kita baca je tapi tak faham dan tak hayati maksud ayat suci yang kita baca tuhh.

Dengan hanya sedikit ilmu bahasa arab yang saya ada, saya sendiri pun masih terkial kial jugak nak faham.

Jadi, jom sama2 kita upgrade ilmu Bahasa Arab kita ! 

Tak lupa jugak ilmu2 yang lain ! Supaya kita tak salah faham nanti !



Okayhh !

Selain itu, Dr Fadzillah Kamsah ada terangkan faktor2 anak derhaka kepada ibubapa

  1. Tak jaga hubungan dengan Allah ( Habl min Allah ) [eg : tinggal solat ]
  2. Ego
  3. Dan banyak lagi sebenarnya...

Satu statement yg beliau cakap yang cukup menyentuh hati saya iaitu :

"Anak hanya akan sedar kepentingan dan kasih sayang ibu bapa apabila kedua ibubapanya pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya"

Na'uzubillah..

Sayangilah kedua dua ibubapa kita selagi mereka masih bernafas di muka bumi ini ye Sahabat.

Ibubapa kita hanya satu. Tiada galang gantinya *peringatan untuk saya jugak 


Wokey !

Sampai di sini sahaja :)


!! شكرا كلكم لقرائتكم هنا 

!! أهلا إلى هنا مرة ثانية يا أصدقائي

Bubye ^^

WasSalam :)

4 comments:

cik aisya said...

huuu .. semoga kita semua dijauhkan dr menjadi anak derhaka .. nauzubillah .

Farhan Zulhusmi said...

farhan pun tengok..farhan pun tengok...
"selami jiwa tingkatkan rohani perkasakan peribadi"
sama xmacam ayat doktor??hehehe...
nauzubillah...
InsyaAllah..sama2 kita..amin...

hadinesta said...

Jauhi penyakit ini...
x berkat hidup... :D

~MoNika~ said...

cik aisya : Ameen ya Rabb~

Farhan : Farhan pun tengok jugak ? Haha bagus2 ^^ erk. tak hapal lahh pulokk ayat tuu. InsyaAllah. Ameen~

Hadinesta : betol3~ :)