Blogger Backgrounds

Wednesday, February 29, 2012

Tweet Sana Tweet Sini

0 yang suka komen
Apa Khabar Semua ?

Alhamdulillah, sehingga kini nyawa masih lagi berada di dalam jasad dan jasad masih lagi sempurna dengan segala kurnian-Nya.

Entry kali ini saya nak cakap tentang Twitter !



Dulu, mula mula Friendster pastu MySpace pastu Facebook pastu Tumblr pastu sekarang ini ialah Twitter, yang melanda anak anak muda remaja mahupun makcik pakcik yang cantik dan segak bergaya dan sudah semestinya golongan aretis aretis yang fehmes fehmes. Tidak ketinggalan juga golongan kakek dan nenek yang berjiwa muda belia *merepek

Twitter ini suatu laman sosial yang boleh digunakan untuk bersembang dengan rakan dan menyampaikan mesej ringkas kepada followers. Tak lupa juga, ada yang menggunakannya untuk meluahkan perasaan sedih + gembira + kecewa + terharu dan tempat untuk melampiaskan kemarahan.

Saya pun ada juga Twitter sebenanrya *ehem ehem. Bagi saya, senang sikit kalau ada Twitter ini lebih lebih lagi kalau buat Twitter Mobile. Boleh jimat kredit. hehe. Caj nya pun RM 1/seminggu sahaja.

Sekarang ini, ramai yang asyik Tweet Sana Tweet Sini. Handphone asyik berbunyi bunyi mengalahkan handphone Perdana Menteri. Ada seorang kawan saya pernah kena sindir, "Untunglaaaaa ada pakwe. Asik mesej jeeee" *merah padam muka dia. Tapi, sebenarnya handphone dia asyik berbunyi sebab Si Burung Tweet menyampaikan mesejnya.

Comel kan ?


Bila tengah marah, ada yang guna Twitter untuk menunjukkan kemarahan dan kalau nak tweet tak apa. tapi, jangan lah sampai menimbulkan pergaduhan di laman sosial pula sampaikan Twitter yang kiut miut ini dijadikan tempat untuk sindir menyindir dan bergaduh pula. Kan takmanis dilihat dan dibaca oleh orang. Redakanlah kemarahan dengan perdamaian. Peace No War !

p/s : tau tak, ada drama si tudung tweet ? :D


 Ok, WasSalam.