Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Ku sahabatku kau teman sejati
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Ku sahabatku kau teman sejati
Lagu di atas amat amat lah sesuai dengan arwah Sahabat saya yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah
"Bakri Ibni bin Yahaya"
AL FATIHAH..
Baru tau nama penuh Arwah
Indah sungguh nama arwah rupanye "Bakri anak lelaki ku"
Arwah meninggal dunia kerana kemalangan kereta
Arwah meninggal dunia kerana kemalangan kereta
Senyum tawa dan gurau senda arwah pasti akan dirindui
Arwah sentiasa memeriahkan dan menyerikan suasana
Walaupun tak rapat, tapi pernah bekerja beberapa kali dengan arwah
Dan memang diakui Idea idea yang arwah keluar kan bernas bernas
Arwah menjadikan suasana perbincangan meriah
Arwah juga rajin
Sesungguhnya pemergian arwah merupakan kehilangan yang besar bagi ASASI dan ISLAM
Semoga roh Arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman di sisi-Mu ya Rabbi T___T
Berita kehilangan ini membuatkan saya semakin sedar bahawa,
" Mati itu Pasti, Hidup itu InsyaAllah dan sebagai seorang manusia yang sering leka dengan perhiasan duniawi, saya mesti bangkit dan sedar dari mimpi supaya amal ibadah saya dapat ditingkatkan agar saya sentiasa bersedia menghadapi saat saat Sakaratul Maut kelak "
Dan ingatlah wahai manusia termasuk saya juga
p/s :
- Pemergian arwah sangat mengejutkan bagi Semua kenalan arwah khususnya Pelajar Pelajar Asasi Kuis T_____T
- Kepada Housemate saya, Nur Aisyah bt Abu Bakar, Sabar ye sahabat. Jangan terlalu bersedih. Sebagai Timbalan Presiden, teruskan idea dan perancangan yang telah dirancang. Laksanakan idea2 yang arwah dah beri. Semoga Arwah bahagia di alam sana kerana segala jasa arwah dikenang dan dihargai oleh sahabat2nya.