Blogger Backgrounds

Friday, September 21, 2012

Mukhayyam Arabi with Her and them :)

Iisshhh..iisshhh...apa nihh ? ade habuk, debu, sawang segala bagai nihh ? pemalas rupanya tuan blog ini. hihi ok..hari ini saya rajin untuk bersihkan ini belog..

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah :)

Pejam celik pejam celik, akhirnya sekarang saya sudah berada di penghujung semester 3 ! teehee :D taksangka ! sem depan sem empat then saya akan berjaya menghabiskan 2 tahun pengajian ijazah di bumi barokah ini ! Target saya untuk ijazah ini 3 tahun je yang mana asalnya 4 tahun. Memang sekarang saya tgh pulun habis habisan mengerah tenaga dan keringat sehingga ke titisan peluh terakhir *ececece untuk menambah dan menarik seberapa banyak subjek sem atas2 yang boleh ditarik supaya saya abis awal ! huhu do'akan saya :)

Sebenarnya, hari ini saya nak ceghite pasal Mukhayyam Arabi di sekolah yang terchinta pada minggu lepas...atas atas tu muqaddimah je sume..untuk warmup..hehe

Mukhayyam Arabi tu ape ?

Maksudnya perkhemahan bahasa arab untuk adik adik form 3 sekolah saya, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat @ SAMTEN..dan saya datang sebagai fasi tau bukan peserta ! *eh, layak ke ?

Alhamdulillah..Allah dah makbulkan doa saya...dari dulu memang sy teringin untuk curahkan ilmu yang ada nihh kat juniors tp al maklumlah saya ini "peramah" sangatt orangnya sampai takrapat sangat punn dengan mana2 junior then Allah takdirkan saya untuk jadi fasi dalam kem nihh..apalagi...bagai orang mengantok disorongkan bantal gayanye..teehee :D

Saya sangat sangat teruja bila sampai je di SAMTEN sebab dah lama sangat tak ziarah sekolah dan akhirnya dapat jugak jejak kaki semula ke sekolah. MasyaAllah, sekolahku bertambah cantik..untongggg juniors saya >.<

Ada satu part yang best iaitu bila kawan kawan kuis sy cakap, "eh, macam pernah tengoklah sekolah nihh..sekolah See You di Ipt kan kan ? *tau tak cerita tuhh ? kalau tak tahu, cuba tanya mr google ye :D wahhhh dah lama teringin nak pergi sekolah nihh...akhirnya jejak jugak kaki kat sini"...huhu nampak tak saya dah 'kembang' ? hikhik terasa sedikit bangga di situ dengan sekolah yang telah melahirkan ramai ilmuwan, cendekiawan, dermawan dan pelbagai wan lagi lahh... *mohon jangan menyampah saya puji sekolah sendiri lebih lebih :D


Apa yang istimewa dalam kem ini ialah ada seorang adik itu yang jadi peserta dan her mama telah amanahkan saya untuk tengok2kan dia lebih2 sikit because her mama risau dengan result pmr dia nanti. Yes ! saya terima amanah itu dgn senang hati...

Dalam kem itu, saya dah pilih untuk jadi fasi bagi kumpulan adik itu..supaya saya boleh bantu apa yang dia tak faham and of course supaya saya lebih rapat dengan dia..

After 3 days with them and especially with her, her knowledge in arabic was not so bad..its beyond my expectation actually..she's intelligent and with more effort, insyaAllah you will get A for Arabic and also for other subjects dear ! Dont worry :)

Pada hari terakhir kem itu, she gave me biscuit and it makes me touched :') thank you sweetie...

love this biscuit <3
Selepas itu, sebelum dia balik rumah, her mama nak jumpa dengan saya untuk tanyakan tentang kebolehan adik nihh dalam subjek bahasa Arab..dan saya pun jawablah seperti apa yang saya bagitahu di atas tadi..

Semua tanggapan saya kepada adik tadi sincerely came from my heart..yes ! Adik nihh memang bagus...cuma masalah yang semua orang hadapi bila belajar bahasa arab ialah kurang vocabulary arab dan lemah dalam membuat ayat...and this can be improve actually...malah, sampai sekarang pun saya masih mengalami masalah yang sama juga...so, dont worry makcik ! Your daughter will do her best in pmr soon..insyaAllah :)

Pesanan untuk semua adik-adik pmr saya terutama adik itu untuk subjek bahasa arab dan subjek-subjek lain juga *macam lah adik itu baca :p :

  • Ulangkaji semua tajuk yang dah belajar
  • Ingat semua tips-tips yang dah diberi oleh ustaz, ustazah dan akak
  • Hafaz dan gunakan perkataan-perkataan baru yang adik jumpa
  • Hafaz isi-isi penting karangan
  • Tekankan pada cara-cara buat ayat
  • Jawab soalan-soalan pmr yang lepas sebab tak mustahil kalau soalan yang sama tahun tahun lepas akan berulang semula pada tahun ini
  • Akhir sekali, D.U.I.T ! Ingat tak ? haipppp jangan cakap tak ingat..akak dah bagitau kan ari tuhh :p
Pesanan khas untuk adik itu :
  •  "awak, titik titik kat huruf huruf tuu jangan lupa letak ya ! akak dah tegur dah hari tuu..sayang kalau tertinggal titik..kalau dapat pemeriksa yang strict, nanti dia anggap jawapan awak salah".
  • "awak, jangan putus asa tau..kelas first ke second ke last ke..itu semua tak menentukan kejayaan awak dalam peperiksaan..zaman pmr yang sebelum akak dulu ade sorang yang bkn kelas first or second or third dapat 8A..dan akhirnya semua orang respect dengan dia. Kejayaan itu milik semua orang..ingat ye !:)
Kumpulan 14 @ kumpulan adik adik comel in memory <3

p/s : All the Best in PMR Examination untuk semua adik adik akak ! :) 9As in your hand, insyaALLAH :)

Syukran wa Ilal Liqo' :D



No comments: