Alhamdulillah, di tengahari yang redup ini, Allah masih memberikan nikmatnya untuk saya bernafas dan meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.
Pagi tadi saya baru sahaja habis satu lagi subjek peperiksaan akhir. Oh ya ! sekarang ini dah masuk musim final exam. Dan saya tinggal 3 papers je lagi *yahoooo ! taksabar nak habis ! tapi takut result >.<
Lepas habis exam ini, saya dan kawan-kawan akan bercuti selama hampir 3 bulan dan baru terfikir nak isi masa tu dengan kerja sebagai guru sambilan macam lepas habis spm dulu.
Tapi....
"Tiada istilah cuti bagi MPP. Ada banyak kerja yang kita kena selesaikan dan mula buat sebelum semester baru nanti dibuka", kata YDP MPP.
"Ha ? Mengapakah ?", reaksi saya dengan mulut terlopong. *Ooppss ! hati2.
Hmmm takapa lah. Ini semua kan tanggungjawab. Mungkin saya boleh isi masa dengan jadi fasi untuk mana-mana program yang ada nanti.
Eh ! Kejap2, sejak bila saya masuk MPP nihh ? >.<
Sebenarnya saya pun taksangka dapat jadi MPP.
Al-Kisahnya begini....
Setiap timbalan mahasiswa fakulti perlu memberikan nama untuk menjadi senator a.k.a ketua fakulti dan saya pun terkejut apabila nama saya dipilih sebagai Senator Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Saya dapat tau semua ini last2 minute dan bila dapat tahu, terus kena datang meeting dan mencelah di tengah-tengah orang yang nampak macam tak serius itu dengan muka yang terpinga-pinga ibarat budak darjah 1 masuk sekolah. hua3~
Tapi, lepas dah kenal mereka semua, saya rasa seronok ada teman-teman seperti mereka dan saya sudah anggap mereka seperti keluarga saya.
"We met by chance and turned into friends and now our destiny keeps us close to each others making our friendship grow more with the passing time"
Nak tengok tak keluarga baru saya ? Jom tengok ! :)
Ini carta organisasi kami |
Khas untuk sahabat2 KUIS ^^ *ehem2. tau tak mana saya ? |
Memang tak dinafikan kadangkala diri ini akan kepenatan dan mengalami tekanan emosi dan perasaan, *ecece ayat over tapi, sekali kita dah berani pikul tanggungjawab itu, maka laksanakanlah tanggungjawab itu sehabis baik.
Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak dan lebih-lebih lagi sebagai pemimpin, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada disoal tentang tanggungjawab yang kita jalankan.
Sebab Rasulullah dah berpesan :
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin" (riwayat Muslim)
Ha ! kan nabi dah pesan. Jom kita ikut pesan nabi !
Do'akan juga supaya saya sentiasa istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab ini ye. InsyaALLAH.
Ok, sampai di sini sahaja.
WasSalam.
No comments:
Post a Comment