Apa khabar sahabat sahabat comel saya sekalian ?
See ! Indahnya Islam !
Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk berhibur asalkan hiburan itu mengikut syari'at dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Islam itu syumul dan tidak pernah menyusahkan umat-umatnya :)
Nak tahu lagi tentang hukum hiburan dalam Islam ? Boleh rujuk kat sini dan sini :)
Ok, sampai di sini sahaja.
Syukran wa Ilal Liqo' :D
Pernah dengar kan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira ?
Apa ? Tak pernah dengar ? tipulahh....ha ! tak baik tipu tau :p
Lagu ini memang famous dan memang ramai suka..tapi...saya yakin lagu Ombak Rindu versi satu lagi ini mesti lagi ramai sangat sangat orang suka...sebab apa ? Jom kita hayati lirik-lirik lagu nihh dulu :)
Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintaiMu seadanya
Kernaku taksanggup
Kernaku takmampu
Menghadapi siksa nerakaMu
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkanMu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintaMu
Allah...ampunkanlah hambaMu
Yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak ku takkan disiksa
Kerna dosa-dosa masa lalu
Allah jatuh air mataku
Dan terus mengalir mengiring doaku
Allah yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta
Hanya mampu berdoa
Moga maghfirah tiba nanti.
*Klik sini untuk download mp3
Indah kan lirik-lirik lagu Ombak Rindu versi taubat nihh...kreatif betol insan yang mengubah lirik ini..daripada lirik asalnya yang lebih tertumpu kepada perasaan cinta sesama manusia yang fana, akhirnya lirik ini diubah menjadi lirik lirik indah yang menunjukkan Ombak Rindu seorang hamba terhadap Penciptanya dan amat bermanfaat untuk kita semua. Thumbs up for that person :)
Jika kita lihat, pada awalnya, lagu ini me'lagha'kan manusia..tetapi, bila kita mengubah sedikit liriknya kepada lirik yang lebih bermanfaat, lagu ini memberi faedah kepada diri kita sendiri.
Malah, Yusuf Al-Qardhawi sendiri berpendapat bahawa hukum muzik dan nyanyian itu bergantung kepada lirik dan keadaan sama ada ia melekakan atau tidak. Haramnya sesuatu muzik itu terletak jika kita membawanya kepada maksiat dan melalaikan..tapi, jika muzik itu tidak membawa kesan buruk dan boleh membawa kepada semangat dan kecintaan terhadap Allah, hukumnya HARUS :)
Daripada Aisyah r.a bahawa dia pernah menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki dari seorang Ansar. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya : Hai Aisyah, apakah mereka disertai dengan hiburan/nyanyian, kerana sesungguhnya orang-orang Ansar itu memang suka mengadakan nyanyian. (Hadis Bukhari)
See ! Indahnya Islam !
Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk berhibur asalkan hiburan itu mengikut syari'at dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Islam itu syumul dan tidak pernah menyusahkan umat-umatnya :)
Nak tahu lagi tentang hukum hiburan dalam Islam ? Boleh rujuk kat sini dan sini :)
Ok, sampai di sini sahaja.
Syukran wa Ilal Liqo' :D
No comments:
Post a Comment