Blogger Backgrounds

Wednesday, October 24, 2012

#Part 1 : Kerana Sekeping Kad Merah

Apa khabar my dearest readers ? harap kalian dalam keadaan sihat sihat belaka. me ? alhamdulillah..kheir 'ala kulli hal :)

Di tengah keheningan malam ini, macam macam mood keluar..mood sedih, rindu, kecewa dan sebagainya.. eh ? kenapa semua mood yang tak best je ? hmmmm

Sebenarnya malam ini saya nak berkongsi sebuah kisah iaitu kisah hidup saya sendiri..this is my reality ! Yes ! I am just a permanent resident in Malaysia and Im not Malaysian. Im Indonesian and this is my story..the real story of my life..

Suatu ketika dulu, diri ini pernah berasa sangat sangat 'down' dan putus asa dalam hidup..semuanya gara-gara impian dan cita-cita saya tidak kesampaian..



Sejak kecil, saya dah tanam impian dan sentiasa berdo'a supaya dapat menyambung pelajaran ke luar negara habis SPM nanti. Disebabkan itu, setiap kali peperiksaan, saya akan pastikan yang saya akan dapat keputusan yang terbaik dan Alhamdulillah setiap kali peperiksaan besar, saya dapat capai apa yang saya nak dan saya dapat lihat garis-garis senyuman kegembiraan terukir di wajah ibu dan ayah tercinta saya :')

Semasa di sekolah menengah, saya selalu menjadikan kakak-kakak senior sebagai contoh dan menjadi antara pemangkin semangat saya untuk berjaya macam mereka dan jejakkan kaki ke luar negara juga seperti mereka.

Bila dah nak dekat raya je, ada satu ruangan feveret yang saya suka baca iaitu "Salam Perantauan"..uhuk uhuk..saya akan baca semua ucapan-ucapan dalam tuu sambil berangan suatu hari nanti muka saya dan ucapan saya pun akan keluar dalam ruangan tuu..hikhik

Setelah lama menunggu untuk membesar, akhirnya sampailah masanya saya menjadi budak tingkatan 5 and I've tried so hard to get excellent result in my SPM.

Akhirnya, Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..saya dapat straight A's dalam SPM saya and only 5 students in my school got straight As on that time and I felt grateful and thankful being one of them. Thank You Allah :')

Selepas dapat keputusan, tibalah masanya untuk semua pelajar pelajar SPM mohon IPTA dan pelbagai biasiswa yang telah disediakan oleh kerajaan mahupun swasta.

Saya pun buat benda yang sama. I've applied for IPTA and MARA scholarship untuk pengajian luar negara. After a few of months of waiting and waiting, now its the time ! the result of application will be announced and with excitation, saya buka laman web dan tengok keputusan permohonan saya whether it was accepted or rejected and........the result is REJECTED ! :( why ? why ? why ? Did my SPM's result was not good enough ? *crying*

Malam tuu buka facebook, semua orang post status "alhamdulillah...dapat U ini bla bla bla" and Im jealous with them ! very very jealous !

After that, keputusan permohonan MARA pula keluar and again, I am frustrated ! O Allah, give me strength ! :'( Impian saya untuk belajar ke luar negara tidak kesampaian. Semua ini gara-gara sekeping kad warna merah yang saya miliki :(

Dan malam itu sekali lagi saya dilanda kesedihan + kemurungan bila tengok kawan-kawan saya update status yang mereka dapat tawaran temuduga MARA dan JPA. Ada yang pengajian dalam negara dan ada juga luar negara. Saya sedih. sedih sangat-sangat. Semua kawan-kawan sekelas saya yang dulu jadi pesaing saya setiap kali peperiksaan dapat universiti dan saya ? saya hanya mampu menangisi kegagalan saya untuk masuk universiti. I feel like a loser..ya Allah, masa itu hanya Allah yang tahu betapa sedih dan kecewanya hati ini.



Saya hanya menangis, tak makan, tak minum. Bila pergi kerja pun saya menangis jugak. Tak tahan untuk menanggung kesedihan ini. Ohh ya ! Saya sempat kerja sebagai guru sementara kat SRA Sg Kantan. dekat je dengan rumah saya.

Tak lama kemudian, salah seorang cikgu saya ada tawarkan untuk kami memohon biasiswa Pusat Zakat Selangor ke Mesir dalam bidang perubatan dan lain-lain. I think this is my another great chance memandangkan ibu dan ayah saya inginkan saya mengambil bidang perubatan dan saya pun isi borang itu dan sediakan semua dokumen yang diperlukan semata-mata untuk memenuhi impian parent saya untuk melihat saya menjadi seorang doktor.

Setelah selesai mengisi semua borang, saya pun menghantar sendiri borang itu bersama ibuayah saya ke Pusat Zakat Selangor di Shah Alam. They are very supportive parent. Mereka sanggup ambil cuti untuk hantar saya ke Shah Alam. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah :')

Sampai di sana, saya sebenarnya telah bertanya dulu kepada receptionist adakah kemungkinan untuk permohonan saya diterima ? dan receptionist tersebut menjawab, "owh..hmm kalau dah adik non-malaysian, kemungkinan besar permohonan ini ditolak. tapi taksalah untuk adik mencuba"..masa itu, hati saya dah retak menanti belah je rasanya. Saya tak letakkan harapan besar. Tapi, saya masih mengharap supaya orang-orang zakat itu akan terbuka hati untuk menerima permohonan saya sebab bagi saya zakat itu milik semua orang Islam and I am a Muslim. Saya harap sangat sangat.

Dan apakah keputusan permohonan itu ? Agaknya apa yang pegawai MAIS tu bagitahu saya yang menyebabkan hati saya telah hancur berkecai dan harapan saya musnah ? Apakah lagi jalan lain yang saya cuba supaya saya dapat masuk universiti luar negara ?

InsyaAllah saya akan sambung dalam entry yang seterusnya nanti :)

Syukran wa Ilal Liqo' :)

5 comments:

Aqil said...

Salam'alaik ya habibi..bersabar yee..yg terbaik pasti akan menyusul..ALLAH Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya..pasti ada hikmah dsebaliknya..insyaALLAH ^_^

Heaven Story said...

Subhanallah...slm ukhwah dik...

Heaven Story said...

slm ukhwah =)

~meAlthaFunnisa~ said...

farhahaqil : wassalam'alaik ya habibi :) betol3..sekarang pun kt dah bersyukur sgt3 dpt belajar kat sini :)

~meAlthaFunnisa~ said...

heaven story : salam ukhuwah juga :)