Blogger Backgrounds

Wednesday, December 22, 2010

Akhirnya Rahsia itu Terbongkar

Malam ini tetiba terdetik hati saya untuk mengajak anda semua memikirkan dan meneliti keajaiban ciptaan Allah yang ada pada diri manusia itu sendiri... Mari kita telusuri satu persatu....

1) TAPAK TANGAN

Cuba anda lihat kedua-dua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan anda... Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam bahasa arab...dan garisan di tangan kanan pula menunjukkan angka 1 dan 8...jika kita jumlahkan kedua-duanya, 81+18=99 dan ini bersamaan dengan asmaul husna atau nama-nama Allah yang indah...saya pasti sudah ramai yang tahu akan keajaiban ini...

2) CARA MAKAN

Mengikut cara Rasulullah SAW, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkannya sebentar...lalu Rasulullah SAW akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking baginda dan Rasulullah akan menghisap garam itu... Kemudian, barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya...

Mengapa???

Kerana kedua belah tangan kita mengeluarkan 3 jenis enzim tetapi kepekatan enzim di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri... Hal ini kerana enzim di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion) dan merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam???

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita..dua cecah garam dari jari kita itu sama dengan satu liter air mineral...manusia itu sendiri berasal dari tanah (bumi)...jadi memang sudah lumrah bahan yang berasal dari bumi inilah yang paling berkhasiat untuk kita...

Kenapa garam???

Selain daripada garam ialah sumber mineral, garam juga merupakan penawar yang paling mujarab bagi keracunan.. Mengikut para doktor, the first line of treatment for poisoning ialah dengan memberi Sodium Chloride iaitu garam.. Selain itu, garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia...

3) CARA MENGUNYAH

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang untuk memproses makanan tersebut..

4) MEMBACA BASMALAH

Saya rasa pasti ramai sudah mengetahui bahawa Basmalah ialah ucapan "Bismillahirrahmanirrahim" atau
"بسم الله الرحمن الرحيم".... Membaca Basmalah sebelum makan dapat mengelakkan penyakit...kerana bakteria dan racun telah membuat perjanjian dengan Allah SWT bahawa bakteria dan racun akan musnah dari makanan tersebut jika ungkapan Basmalah dibaca...

5) CARA MINUM

*Janganlah kita minum berdiri walaupun hukumnya makruh tetapi makruhnya itu lebih menghampiri haram..

*Janganlah minum dari bekas yang besar dan bernafas ketika minum
>>kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita... Apabila kita menghembuskan nafas, kita akan mengeluarkan carbon dioxide, CO2 yang apabila bercampur dengan air, H20 akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka dan akhirnya air tersebut bertukar menjadi acidic.

*Jangan meniup air yang panas
>>sebabnya sama seperti yang telah diterangkan di atas

**Cara minum yang sebenarnya ialah seteguk minum, seteguk bernafas sehingga habis...

6) HUKUM SEBAT UNTUK PENZINA

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin dan direjam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin???

Kerana badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit...dan sel-sel ini terdapat di kawasan tulang belakang yang berdekatan dengan sum-sum tulang manusia...

Lelaki yang belum berkahwin akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini manakala lelaki yang telah berkahwin hanya dapat mengeluarkan 10 unit sel ini sehari kerana antara sebabnya ialah sel-sel ini akan hilang sedikit demi sedikit semasa perhubungan suami isteri..

Jadi apabila penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu-ribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ada dalam badannya..dengan itu dapatlah melawan virus HIV itu...

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali...badannya akan tetap mengeluarkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam sampai mati agar dia tidak dapat menyebarkan virus itu..

SUBHANALLAH....sungguh bijak Allah....setiap hukuman yang Allah beri itu pasti terdapat hikmah di sebaliknya...tidak terujakah anda mengetahui keajaiban ini???

:: إنّ الله هو العليم الحاكيم ::

No comments: