Blogger Backgrounds

Monday, December 20, 2010

Istimewanya COKLAT...

Saya suka sangat COKLAT...!!! Yes...I'm one of the chocolate's lover....bagi saja apa pun makanan yang ade coklat...mesti saya makan...sebab tu sekarang saya nak kupas cerita tentang coklat...yang membuatkan setiap orang menyukainya...mungkin hanya 1 out of 100 yang tak suka coklat..setakat ni saya baru jumpa seorang sahaja kawan saya yang sangat tak suka coklat...tapi dia suka vanilla....yang lain semua suka...jom kita tengok kelebihan coklat...

Sebelum tu,,kita tengok dulu definisi coklat sebenarnya...
**Coklat ialah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko dan menjalani proses pengeringan bagi menghasilkan serbuk koko yang seterusnya menghasilkan coklat...

ni lah pokok koko..
Ha!! Sekarang da tau kan asal usul coklat...sekarang mari kita tengok pulak keistimewaan coklat...

1) Membantu meningkatkan kekuatan memori dan hafalan

2) Membantu menajamkan mata dan minda

3) Membantu memulihkan keletihan saraf

4) Membantu menguatkan daya ingatan

5) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

6) Mengurangkan risiko artherosclerosis

7) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

8) Melambatkan proses penuaan

Seperti yang terdapat pada nombor 5 & 6, coklat didapati kaya dengan antioxidant seperti catechins dan phenols. Kandungannya sama seperti di dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. Phenols dikatakan dapat melindungi badan kita daripada serangan jantung kerana antioxidant yang wujud bukan sekadar melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Saya amat tertarik dengan kelebihan yang ke -8,,coklat boleh membantu melambatkan proses penuaan...wow!! jadi kepada sesiapa yang tak nak cepat tua,,rajin-rajin la makan coklat ye..hehe~

Satu lagi fakta menarik ialah COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN.... Ha!! sudah pasti yang perempuan akan tersenyum membaca pernyataan ini...kerana setiap perempuan pasti tidak suka akan kegemukan....begitu juga dengan saya...saya tak nak gemuk...!!! Kepada penggemar coklat di luar sana, jangan risau tentang berat badan anda jika anda gemar akan coklat...tetapi harus ingat juga bahawa janganlah makan coklat terlalu banyak sehingga tiada kawalan langsung kerana jika pengambilan coklat tidak dikawal,,,jawabnya badan pun berubah bentuk la nanti..huhu~


Ada juga yang cakap COKLAT ITU ROMANTIK...eh,,betul ke ye?? Mengikut kajian, coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang boleh menyebabkan rasa sayang..Ia meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah yang menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa sayang.. Jika kita lihat,,coklat selalu ada dalam pelbagai majlis keraian seperti sambutan hari lahir mahupun majlis perkahwinan.. Sebenarnya coklat boleh dianggap membawa mesej 'terima kasih', 'saya sayang kamu' dan sebagainya...jadi bagi pasangan yang telah berkahwin, pemberian coklat sebagai hadiah adalah salah satu hadiah yang amat menarik dan sweet untuk diberikan kepada pasangan masing-masing... Tapi,,kepada yang belum berkahwin,,sabar-sabar la dulu ye...tunggu dah diijab kabul nanti baru boleh...

Sesetengah orang pula berpendapat bahawa makan coklat boleh memanjakan diri...dan dianggap dapat memberi ketenangan dan menggembirakan kita...kerana coklat mengandungi ubat penenang iaitu endorphins yang membuatkan kita berasa gembira..Subhanallah...hebat sungguh ciptaan Allah yang satu ini...hanya dengan Coklat,,ada manusia yang dapat merasakan ketenangan dengan memakannya... Hakikat sebenar untuk mencari ketenangan ialah dengan berserah diri kepada NYA..tapi tidak salah kalau dikatakan coklat boleh membantu mengurangkan tekanan dan memakan makanan hasil anugerah Ilahi ini akan membantu memberi keceriaan dalam hidup kita..

Bagi wanita pula,,,coklat amat baik bagi yang menghadapi premenstrual syndrome (PMS)...ini kerana coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan berikutan kehilangan magnesium yang boleh menambahkan lagi kesakitan ketika datang bulan...

Sekian sahaja info-info tentang coklat yang boleh saya kongsi bersama...jadi,,makanlah coklat kerana coklat itu banyak kelebihannya...tapi, seperti makanan lain...berhati-hatilah dalam pengambilannya....kerana jika ter'over' makan,,,jangan salahkan coklat kalau tiba-tiba badan anda jadi gemuk...:)



black chocolate

white chocolate

No comments: