Blogger Backgrounds

Wednesday, February 29, 2012

Tweet Sana Tweet Sini

0 yang suka komen
Apa Khabar Semua ?

Alhamdulillah, sehingga kini nyawa masih lagi berada di dalam jasad dan jasad masih lagi sempurna dengan segala kurnian-Nya.

Entry kali ini saya nak cakap tentang Twitter !



Dulu, mula mula Friendster pastu MySpace pastu Facebook pastu Tumblr pastu sekarang ini ialah Twitter, yang melanda anak anak muda remaja mahupun makcik pakcik yang cantik dan segak bergaya dan sudah semestinya golongan aretis aretis yang fehmes fehmes. Tidak ketinggalan juga golongan kakek dan nenek yang berjiwa muda belia *merepek

Twitter ini suatu laman sosial yang boleh digunakan untuk bersembang dengan rakan dan menyampaikan mesej ringkas kepada followers. Tak lupa juga, ada yang menggunakannya untuk meluahkan perasaan sedih + gembira + kecewa + terharu dan tempat untuk melampiaskan kemarahan.

Saya pun ada juga Twitter sebenanrya *ehem ehem. Bagi saya, senang sikit kalau ada Twitter ini lebih lebih lagi kalau buat Twitter Mobile. Boleh jimat kredit. hehe. Caj nya pun RM 1/seminggu sahaja.

Sekarang ini, ramai yang asyik Tweet Sana Tweet Sini. Handphone asyik berbunyi bunyi mengalahkan handphone Perdana Menteri. Ada seorang kawan saya pernah kena sindir, "Untunglaaaaa ada pakwe. Asik mesej jeeee" *merah padam muka dia. Tapi, sebenarnya handphone dia asyik berbunyi sebab Si Burung Tweet menyampaikan mesejnya.

Comel kan ?


Bila tengah marah, ada yang guna Twitter untuk menunjukkan kemarahan dan kalau nak tweet tak apa. tapi, jangan lah sampai menimbulkan pergaduhan di laman sosial pula sampaikan Twitter yang kiut miut ini dijadikan tempat untuk sindir menyindir dan bergaduh pula. Kan takmanis dilihat dan dibaca oleh orang. Redakanlah kemarahan dengan perdamaian. Peace No War !

p/s : tau tak, ada drama si tudung tweet ? :D


 Ok, WasSalam.

Wednesday, December 28, 2011

A New Born Cute Baby

2 yang suka komen
Apa khabar teman teman sekalian ?

Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas dan merasa nikmat kehidupan pada hari ini.

Hari ini saya nak perkenalkan anda semua dengan seorang Baby yang sangatlah comel.

Sebenarnya saya dah lama teringin nak cerita pasal Baby ini. Tapi, asyik terlupa je *macam orang tua ! hekk

Al kisahnya begini....

Pada 16 Ogos 2011 yang lalu, seorang bayi perempuan yang kecil dan comel telah dilahirkan di Ipoh, Perak.

Bayi ini diberi nama Nur Zara Insyirah bt Muhammad Farhan.

Bayi ini merupakan cahaya mata pertama dari pasangan doktor dan kehadirannya memberikan sinar kebahagiaan bagi a newly married couple like her mother and father :)

Sekarang Si Comel ini telah berusia hampir 4 bulan.

Dan ramai yang mengatakan, "besarnyaaaa diaaa. takpadan dengan umur 4 bulan" -.-"

Baby ini kuat minum susu mungkin. Tu yang membesar dengan drastik. Padahal dulu masa lahir kecil je. Lebih kurang 2.3 kg je.

Tapi, bagi saya klu baby chubby2 macam ini, tak apa. Itu tandanya baby tu sihat.

Dan ini membuatkan saya berasa terlalu ingin berjumpa dengan Si comel ini dan cubit2 pipi tembam tuuu. Rasa macam nak cium2 dan lambung2 dia jugak. Ouh !

Eh ! Eh ! Seronok sangat ceghite. Meh tengok ketembaman dan kecomelan bayi ini !

Rabbit ^^


Bulatnyee mata

MasterChef-to-be :p

Auwww


Ha ! Comel kan ! She's adorable right ? Baby Bam Bam !

Ehem Ehem mesti ada yang tertanya tanya, apakah relationship saya dengan bayi ini. hehe

Sebenarnya Nur Zara Insyirah ini ialah anak saudara kawan saya dan disebabkan saya tersangat admire kat baby nihh, saya pun rajin kumpul gambar2 baby ini untuk dibuat koleksi sebab Saya Suka Sangat kat Baby. 

Betul kata orang. Kanak kanak ini suci. Tiada Dosa. Setiap kali saya melihat gambar gambar Zara, saya akan rasa sejuk je hati ini. Rasa tenang je. Sebab muka bayi ini muka suci yang boleh menenangkan hati yang berduka lara. hik hik

Harapan saya :
  • Semoga 1 hari nanti saya akan dapat berjumpa dengan Zara dan harap hajat saya untuk beri hadiah pada Zara akan terlaksana.
  • Semoga Zara akan membesar menjadi seorang anak dan wanita yang Solehah dan hamba yang taat pada-Nya
  • Semoga Zara akan membesar menjadi gadis yang comel secomel gambar2 di atas.
  • Nak dukung, peluk, dan cium Zara and last but not least, nak cubit pipi dia ! hik hik
Pelbagai gaya


Okay ! Sekian untuk kali ini.

Semoga bayi ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t dan dah besar nanti, jadi anak yang baik ye Zara Sayang !

Bye2 !

WasSalamu'alaikum w.b.t.